Snow-Falling-Effect

Tuesday, 31 December 2013

Sambal tempoyak udang

Assalamualaikum semua......selamat tahun baru ku ucapkan kpd kawan-kawan semua semuga tahun ini akan menambah kebaikan pada kita semua.semalam aku sekeluarga pulang kekampung mak mertuaku di Slim River.tak jauh bolehlah balik selalu memandangkan mak mertuaku tak berapa sihat.dan anak-anak masih bercuti,dikampung aku belajar satu resepi yang tak pernah kumasak tapi pernah makan iaitu sambal tempoyak udang....perghhh....tak hengat....tak hengatnya aku sorang je sebab suami dan anak-anak tak makan.dulu masa mula-mula kawin..tak usahkan tempoyak,durian pun suamiku tak makan tapi bila dilihatnya aku suka sangat makan durian dia selalu tanya sedap ke durian tu...aku kata kalau nak tau sedap ke tidak cubalah rasa...bila dia rasa....apalagi jadilah hantu durian macam aku.tapi kalau aku makan tempoyak lain pulak jadinya dia tak suka bau tempoyak ..busuk katanya.apa -apa pun jom tengok resepi..

Sambal Tempoyak Udang




bahan-bahannya

1 biji bawang besar*
1 genggam cili api*
1 senduk kecil tempoyak(lebih pun x pe)
3 batang serai(di ketuk dan dikoyakkan)
300gm udang(lebih pun x pe)
garam
gula
minyak untuk menumis
*blender bahan bertanda

cara-cara
1.panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga masak .
2.masukkan udang dan serai kemudian masukkan tempoyak.
3.kacau hingga masak dan perasakan dengan garam dan gula
   selamat mencuba..

mak mertuaku tengah nak bakar ikan talapia merah yang menjadi kegilaan anak-anakku tapi tidak aku sbb
aku tak makan ikan sungai




No comments:

Post a Comment