Snow-Falling-Effect

Wednesday, 18 December 2013

Udang masak lemak kuning

SEBATU....itulah nama kampungku.walaupun bunyinya dekat tapi jauh terletak di negeri Melaka ,hampir sempadan dengan negeri Johor.Kuala Sebatu merupakan tempat nelayan berlabuh dan menjual hasil tangkapan.dulunya terkenal dengan hasil kupangnya tp sekarang semua tu x de lagi. nelayan disitu tak dapat menternak kupang lagi disebabkan air laut tak berapa elok untuk penternakan .Bagi nelayan disitu mereka menyatakan pendapatan mereka pun berkurangan kebelakangan ini disebabkan cuaca tak menentu dan pencemaran laut yang semakin membimbangkan.kasihan mereka,apakah yang berlaku kepada keluarga mereka sekiranya keadaan ini berlanjutan,dahlah harga barang keperluan sekarang melambung naik,pendapatan pula berkurangan ....apa nak jadi...balik kg hr tu aku beli udang dari mereka yang sememangnya segar dari laut.hr ni pula nak kongsi resepi mudah yang biasanya ku masak untuk keluargaku

Udang Masak Lemak Kuning




bahan-bahannya
1/2 kg udang
11/2 lt santan dr sebiji kelapa
3btg serai(dititik dan dikoyakkan)
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kunyit serbuk
1/2 biji nenas dipotong kecil
garam

cara-cara..
1.blender bawang merah,bawang putih,halia dan kunyit serbuk
2.masukkan bhn blender,nenas dan serai kedlm santan.biarkan mendidih
3.bila santan dah mendidih dan hampir masak barulah masukkan udang.
4.biarkan sebentar sehingga udang masak dan perasakan dgn garam
bolehlah dihidang.


No comments:

Post a Comment