Snow-Falling-Effect

Thursday, 5 December 2013

donat gebus

hari ni aku nak kongsi resepi donat yang biasa kubuat untuk anakku Adif.dia suka sangat dengan donat ni,tak tau mengapa.biasanya aku membuatnya seminggu sekali samada donat salut coklat atau gula.dibawah ni kusertakan resepinya.biasanya aku tak sukat bahan-bahannya, main agak-agak je.tp hari ni aku sukat untuk sesiapa yang ingin mencubanya.dibawah ni kusertakan resepinya........




bahan-bahannya....
500gm tepung gandum
1 paket mauripan
3sudu gula
4sudu besar susu tepung
1biji telur
50gm majerin
1/2 sudu teh garam
200ml air suam
gula kastor untuk digaul pada kuih

caranya.......

1.masukkan gula dan mauripan kedalam air suam hingga berbuih
2.didalam bekas lain masukkan tepung,susu,telur,garam,dan marjerin.gaul hingga 
  menjadi seperti serbuk roti
3.tuangkan bahan 1 tadi kedalam adunan 2dan diuli hingga menjadi doh.adunan mestilah lembik sedikit
   dan tidak melekat pada tangan.jika adunan keras tambah sedikit air,jika terlalu lembik tambah sedikit tepung.
4.biarkan adunan selama 15 minit dan ditutup dengan kain lembab
5.apabila adunan naik 2kali ganda,tumbuk-tumbukkan barulah dicanai dan diterap
6. goreng dengan api perlahan. selepas diangkat salutlah dengan gula atau toping kegemaran.

1 comment:

  1. Where to Bet on Sports To Bet On Sports In Illinois
    The best 토토사이트 sports bet https://sol.edu.kg/ types and bonuses available in Illinois. The most common sports betting options worrione available. Bet $20, 도레미시디 출장샵 Win $150, Win deccasino $100 or

    ReplyDelete