Snow-Falling-Effect

Tuesday, 31 December 2013

Sambal tempoyak udang

Assalamualaikum semua......selamat tahun baru ku ucapkan kpd kawan-kawan semua semuga tahun ini akan menambah kebaikan pada kita semua.semalam aku sekeluarga pulang kekampung mak mertuaku di Slim River.tak jauh bolehlah balik selalu memandangkan mak mertuaku tak berapa sihat.dan anak-anak masih bercuti,dikampung aku belajar satu resepi yang tak pernah kumasak tapi pernah makan iaitu sambal tempoyak udang....perghhh....tak hengat....tak hengatnya aku sorang je sebab suami dan anak-anak tak makan.dulu masa mula-mula kawin..tak usahkan tempoyak,durian pun suamiku tak makan tapi bila dilihatnya aku suka sangat makan durian dia selalu tanya sedap ke durian tu...aku kata kalau nak tau sedap ke tidak cubalah rasa...bila dia rasa....apalagi jadilah hantu durian macam aku.tapi kalau aku makan tempoyak lain pulak jadinya dia tak suka bau tempoyak ..busuk katanya.apa -apa pun jom tengok resepi..

Sambal Tempoyak Udang




bahan-bahannya

1 biji bawang besar*
1 genggam cili api*
1 senduk kecil tempoyak(lebih pun x pe)
3 batang serai(di ketuk dan dikoyakkan)
300gm udang(lebih pun x pe)
garam
gula
minyak untuk menumis
*blender bahan bertanda

cara-cara
1.panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga masak .
2.masukkan udang dan serai kemudian masukkan tempoyak.
3.kacau hingga masak dan perasakan dengan garam dan gula
   selamat mencuba..

mak mertuaku tengah nak bakar ikan talapia merah yang menjadi kegilaan anak-anakku tapi tidak aku sbb
aku tak makan ikan sungai




Saturday, 28 December 2013

Kek Hokkaido

Salam semua....bertemu lagi petang ni.Hari ni aku nak memperkenalkan satu lagi cup cake yang sememangnya gebu dan lembut seperti sponge.mungkin ada yang belum pernah atau dah pernah merasa kek ni yang bersetuju dengan kata-kataku ini.tapi kalau kek ni disimpan dalam fridge dulu,lagilah bertambah-tambah keenakannya.sesiapa yang nak mencuba membuatnya cubalah resepi dibawah ni.tapi kalau malas nak membuatnya boleh menempah dari saya.telefon saya atau email aje....

 
berbaris untuk dibubuh kastard dan di make up

bersendirian setelah dihias 


berkumpul bersama-sama

Kek Hokkaido

bahan-bahan

4biji telur kuning
30 gm gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
sedikit esen vanila 
55 gm tepung kek*
20 gm tepung kastard*
1 sudu baking powder*
ayak bahan yang bertanda*

1.canpurkan gula dan kuning telur dengan menggunakan whisk
2.campurkan minyak jagung,susu dan esen vanila
3.campurkan sedikit-sedikit bahan yang diayak tadi
4.kacau sebati dan ketepikan

4biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor

1.pukul putih telur hingga berbuih , kemudian baru masukkan gula kastor dan garam
2.pukul hingga bertanduk dan berkilat
3.campurkan bahan A dan B secara kaup balik
4.bakar pada suhu 170oc selama 15-20 minit
masukkan adunan dalam 3/4 cawan

bahan untuk krim kastard

1sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung jagung atau tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1biji telur
esen vanila
1sudu besar mentega
pewarna kuning atau perisa oren

campurkan semuanya dan masak atas dapur
sentiasa kacau bahan hingga berkilat..sejukkan
masukkan kastard dlm piping beg yang diletakkan nozle
picitkan kastard kedalam kek kemudian taburkan gula icing

SELAMAT MENCUBA

Friday, 27 December 2013

Nasi Ayam yang mabeles

Assalamualaikum semua....hari ni terasa pening sekali.pagi-pagi lagi aku bercadang untuk kepasar sbb ku lihat dlm fridge hanya ada ikan aje anak-anakku tak suka makan ikan ,walau apa pun yang ku masak semestinya ada ayam .terasa berat kaki nak melangkah,malas pun ada tak sihat pun ia juga.Aku menyuruh anak lelaki ku pergi beli lauk dia mengiakan aje sbb dia lihat aku tak berapa sihat.balik aje ku lihat yang dibawanya adalah seekor ayam yang dibelah empat.aku tahu apa nak masak untuk hr ni iaitu nasi ayam yang sememangnya menjadi kegemaran anak-anakku.sebenarnya ada banyak jenis nasi ayam ni.apa yang ku kongsikan disini adalah nasi ayam yang sering kumasak untuk keluargaku...dibawah ni kusertakan resepinya  kot-kot ada sesiapa yang berkenan nak mencubanya...


Nasi Ayam

bahan-bahan....
1 ekor ayam(belah 4 dan dibersihkan)
4 cwn beras wangi(cuci dulu)
5 cwn air rebusan ayam
4 ulas bawang putih
2cm halia
3 helai daun pandan
2sudu besar majerin
1sudu besar minyak masak
garam

1.rebus ayam untuk mendapatkan air rebusannya
2.tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.dan koyakkan daun pandan lalu disimpul
3.panaskan majerin dan minyak masak kemudian tumis bawang putih ,halia dan daun pandan hingga wangi
4.masukkan beras tadi dan kacau seketika baru dimasuukan air rebusan tadi.perasakan dengan garam
5.biarkan nasi masak seperti biasa

bahan untuk kicap hitam

.1 cwn kicap manis
5sudu besar gula
3 ulas bawang putih
11/2 cwn air rebusan ayam

1.masak kicap dan gula hingga berbuih kemudian baru dimasukkan ayam.setelah kicap rata diseluruh ayam tadi barulah diangkat dan di toskan ayam tadi,barulah digoreng..
2.campurkan bawang putih yang ditumbuk tadi serta air rebusan ayam kedalam kicap tadi dan dibiarkan mendidih sekali lagi barulah diangkat.

bahan kuah merah

3biji cili hidup
10 biji cili api
4ulas bawang putih
1 inci halia
2cwn air rebusan ayam
sos cili( utk pekatkan kuah dan sebagai penambah perasa)
cuka
garam

1.blender cili hidup,cili api,bawang putih dan halia bersama air rebusan ayam
2. masak hingga mendidih baru masukkan sos cili dan garam.
3.apabila sudah masak baru dimasukkan cuka

bahan untuk sup

air rebusan ayam
5 biji bawang merah*
3ulas bawang putih*
2inci halia*
rempah 4 sekawan
1 sudu besar perencah sup
garam
daun sup
minyak untuk menumis
perasa jika suka
tumbuk bahan bertanda*

1.panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawn bersama bahan yang ditunbuk tadi .biarkan sehingga naik bau.
2.masukkan perencah sup dan dikacau hingga naik bau, barulah dimasukkan air rebusan ayam tadi
3.biarkan mendidih barulah diperasakan dengan garam.apabila nak diangkat barulah masukkan daun sup dan terus tutup api dan bolehlah dihidang.
4.boleh dihidang bersama salad atau timun
           SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, 25 December 2013

Cheese tart untuk tempahan

CHEESE TART(ini blueberry cheese tart)


sedia untuk dibakar

filling blueberry

telah dimasak sedia untuk di ngap...

kami mempunyai perasa blueberry,kiwi dan strawberry
harganya....50pcs=rm 35
      100pcs=rm 68
untuk tempahan hubungi saya 017 6428836 atau email aje.


RED VELVET untuk tempahan


RED VELVET


red velvet yg belum di make up



red velvet yg telah di mwke up kan

harga untuk 12pcs=rm 40
                   16pcs=rm 50
                   25pcs=rm 70

sesiapa yg ingin menempah hubungi saya 017 6428836 atau email aje


waffle rangup

Bismillah pembuka bicara untuk tatapan mereka yang singgah di blog ku ini.dah beberapa hr aku teringin membuat waffle ni ,biasanya beli kat luar aje bila tekak ni teringin nak makan.pagi selasa samalam ku ajak suamiku mencari waffle maker di kedai elektrik tp x jumpa tp ada rakan bloger memberitahu brg ni boleh didapati di mydin subang jaya,apalagi aku terus menuju kesana.alhamdulillah berjaya juga aku memilikinya.hr ni apalagi projek aku pun bermula maka jadilah waffle buatan ku sendiri.

inilah waffle maker yang baru kubeli semalam



waffle pertama kejadiannya
Waffle rangup

bahan-bahan..
2cwn tepung gandum
2sudu kecil yis kering(mauripan)
1/2sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3sudu besar mentega yg dicairkan
1cwn susu segar
1biji telur
1sudu besar esen vanila
1/2 cwn air suam

cara...

1.campurkan tpg gandum,yis,gula ,garam,mentega,telur,esen vanila dan susu segar
2.pukul perlahan-lahan menggunakan whisk
3.masukkan air suam sedikit-sedikit supaya adunan tadak terlalu pekat atau cair
4.panaskan waffle maker sementara kita membancuh adunan
5.masukkan adunan ditengah-tengah waffle maker supaya ia merebak keseluruhannya
6tunggu lebih kurang 10 saat sebelum ditutup
7.biarkan selama 10 minit ataupun sehigga waffle masak.jgn sampai hangus tau
8 bolehlah dimakan dgn jem kesukaan
selamat mencuba

Sunday, 22 December 2013

Laksa

Salam semua...ptg ni aku nak kongsi resepi laksa. sebenarnya aku selalu buat laksa ni tp anak-anakku selalu complain setiap kali ku buat rasanya berbeza-beza.kadang-kadang sedap ,kadang-kadang pedas.kali ni aku dah jumpa resepi tepat untuk buat laksa ni, jadi rasanya sentiasa sama,dlm erti kata lain SEDAP...memenuhi citarasa tekak mereka...sebenarnya klu ditanya mak kita sendiri pun mereka tak pernah menyukat apa yg mereka gunakan dlm masakan mereka bak kata orang main campak-campak aje.jadi apabila kita nak turunkan ilmu kita pd anak-anak mcm mana nak cakap takkan nak kata seposen itu,dua posen ini mcm mak aku ckp sbb zaman dah berubah org dah pakai gm,litter atau auns.sbb itu pentingnya sukat setiap bahan yg diguna dlm masakan.sesiapa yang nak mencuba resepi ni, cubalah pasti tak menyesal.....                              


                                                         

LAKSA

bahan-bahan..
2kg ikan kembong
3biji bawang besar
2ibu jari belacan(agak-agak ye)
2 senduk kecil cili blender
22keping asam keping
3 bunga kantan (belah 4)
1 ikat daun kesum
air untuk rebus ikan dan dijadikan kuahnya
garam
perasa jika suka

bahan hiasan

telur
timun
salad
bawang besar
cili hidup
limau kasturi

cara-caranya...
1.bersihkan ikan dan rebus ikan bersama asam keping sehingga ikan masak dan senang diceraikan dari tulangnya
2.asingkan isi ikan dari tulangnya dan tapis air tadi supaya x de tulang yang masuk dlm air tadi.asam keping tadi dimasukkan semula kedlm air rebusan tadi .
3.ambil isi ikan tadi dan blender hingga halus dan masukkan kedlm kuah tadi
4tulang yg diasingkan td pun diblender dan ditapis supaya x de tulang yg masuk dlm kuahnya
5.bawang,dan belacan di blender serta masukkan juga dlm kuahnya
6.masukkan cili blender barulah dibuka api nya dan dibiarkan hingga mendidih
7.apabila mendidih masukkan bunga kantan,daun kesum dan perasakan dgn garam
8.bolehlah dihidang bersama bawang hiris,cili hidup,salad,timun dan telur. klu nak lebih masam perahlah limau sambal,..selamat menjamu selera.....

Friday, 20 December 2013

Daging Masak Kurma

Assalamualaikum semua...pagi-pagi lagi aku mula berfikir nak masak apa ye untuk makan tengahari ni sbb tiap-tiap hari memasak hingga tak tau lagi nak masak apa.aku mula terfikir ..klu masak daging masak kurma,dipadankan pula dgn ikan bakar dan dicicah pula dgn cencaluk melaka pasti terangkat ...org melaka katakan,cencaluk tu tak tinggal sama spt org kelantan x de budu tak selera katanya...suami ku org perak..semenjak berkahwin dgn ku minatnya makan cencaluk menjadi-jadi tp yang herannya gulai asam pedas tak suka pulak sampailah sekarang sehinggakan anak-anakku juga pun terikut-ikut perangainya .jadi bila balik kg melaka apalagi aku balas dendam masak asam pedas tiap-tiap hr sbb ada kawan nak makan.klu dirumah sendiri aku sorang aje yang makan..x de feel..katenye.. jom tengok resepi ...

Daging Masak Kurma



bahan-bahannya..

1/2 kg daging(dipotong kecil dan dibersihkan)
1biji bawang besar*
2cm halia*
3ulas bawang putih*
2bungkus kecil rempah kurma adabi*
2cm kunyit hidup*
2biji kentang(dikupas dan dipotong 4)
3biji cili hidup(dibelah dua tp jgn putus)
3sudu besar kerisik
santan(dr 1/2 biji kelapa)
rempah 4sekawan(kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih danbunga lawang)
garam
2 keping asam gelugor
minyak untuk menumis
blender bhn yg bertanda*

cara-cara.
1. panaskan minyak ,masukkan .rempah 4 sekawan dantumis bhn blender hingga naik bau dan rempah masak
2.masukkan daging dan biarkan hingga daging kecut sedikit baru masukkan kerisik.jika daging kering masukkan sedikit air dan kentang.
3.setelah itu masukkan santan ,apabila kuah dah mendidih barulah masukkan cili hidup dan asam keping
biarkan kuah merenih hingga kentang empuk dan daging lembut
4.perasakan dengan garam dan jika suka masukkan kiub pati ayam.
5.sedia untuk dihidang


                                                                                     


Wednesday, 18 December 2013

Udang masak lemak kuning

SEBATU....itulah nama kampungku.walaupun bunyinya dekat tapi jauh terletak di negeri Melaka ,hampir sempadan dengan negeri Johor.Kuala Sebatu merupakan tempat nelayan berlabuh dan menjual hasil tangkapan.dulunya terkenal dengan hasil kupangnya tp sekarang semua tu x de lagi. nelayan disitu tak dapat menternak kupang lagi disebabkan air laut tak berapa elok untuk penternakan .Bagi nelayan disitu mereka menyatakan pendapatan mereka pun berkurangan kebelakangan ini disebabkan cuaca tak menentu dan pencemaran laut yang semakin membimbangkan.kasihan mereka,apakah yang berlaku kepada keluarga mereka sekiranya keadaan ini berlanjutan,dahlah harga barang keperluan sekarang melambung naik,pendapatan pula berkurangan ....apa nak jadi...balik kg hr tu aku beli udang dari mereka yang sememangnya segar dari laut.hr ni pula nak kongsi resepi mudah yang biasanya ku masak untuk keluargaku

Udang Masak Lemak Kuning




bahan-bahannya
1/2 kg udang
11/2 lt santan dr sebiji kelapa
3btg serai(dititik dan dikoyakkan)
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kunyit serbuk
1/2 biji nenas dipotong kecil
garam

cara-cara..
1.blender bawang merah,bawang putih,halia dan kunyit serbuk
2.masukkan bhn blender,nenas dan serai kedlm santan.biarkan mendidih
3.bila santan dah mendidih dan hampir masak barulah masukkan udang.
4.biarkan sebentar sehingga udang masak dan perasakan dgn garam
bolehlah dihidang.


Apam Balik

Salam petang semua...dah minum petang ke...klu rasa-rasa nak buat kuih untuk minum ptg tp tak tau nak buat kuih apa, cubalah buat kuih apam balik sebab pembuatannya taklah sesusah mana..bahannya biasanya ada didapur kita.cuma pepatah orang melayu hendak seribu daya ,tak nak seribu dalih..jangan banyak melalut kita lihat resepinya...

APAM BALIK



bahan-bahan..

2cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1biji telur
11/2 cwn air
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanila

bahan tabur
-kacang tanah yang disangai dan dikisar kasar
-gula pasir
-jagung manis dalam tin
-sedikit mentega untuk disapu pd non stick pan dan apam balik

cara
1.pukul telur dan gula hingga kembang
2.masukkan air, soda dan baking powder kemudian  guna speed rendah
3 masukkan tepung dan esen vanila, gaul sebati
4.biarkan dalam 10 minit

cara masak...

1oles sedikit mentega pd non stick pan
2.ceduk sesenduk adunan dan tuang dlm non stick pan
3.bila nampak gelembung tabur gula,kacang tanah dan jagung manis
4.bila masak lipat dua dan sapukan mentega pada permukaan apam balik

Aqif mari kita makan apam balik


Monday, 16 December 2013

Puteri Ayu

Salam semua..bertemu lagi petang ni...pagi tadi aku telefon emak di melaka ,bertanya khabarnya ternyata emak tak sihat,dah beberapa hari badannya menggigil, nak kata demam tridak pula,nak kata lapar pun tidak.mungkin begitu agaknya bila kita dah tua badan taklah sesihat dan sekuat orang muda.semua rasa serba tak kena.selalu juga kami adik-beradik mengajakknya tinggal dirumah kami tapi mana maunya mungkin banyak kenangan indah bersama ayah dan kenangan dalam membesarkan kami adik beradik membuatkan emak merasa tenang berada dirumah itu.Aku tak salahkan emak ,mungkin bila ku dah tua sepertinya ,aku pun begitu..hr ni aku balik kampung menjenguk emak dan membawa kuih puteri ayu untuknya semoga emak suka kuih ni.dibawah ni ku sertakan resepinya...

PUTERI AYU




bahan-bahan..

2biji telur
1cwn gula
2cwn tepung gandum
1 cwn santan 
5helai daun pandan(untuk diblender dgn samtan)
1sdk ovellete
1sdk pewarna hijau
kelapa putih dicampur dengan tepung ubi dan garam
1/2 sdk serbuk penaik

cara-cara

1.pukul telur dan gula hingga kembang
2.masukkan ovallete dan pukul lagi hingga ovallete tak nampak lagi
3.masukkan santan,tepung gandum dan pewarna kedalam adunan telur tadi dan digaul sebati
4.isikan sedikit kelapa kedlm acuan dan tekankan kelapa supaya mampat
5.tuangkan adunan kedlm acuan
6.kukus selama 7 minit



Saturday, 14 December 2013

ayam masak merah

AYAM MASAK MERAH



bahan-bahannya..

1ekor ayam(potong 16)
5biji bawang merah
3ulas bawang putih
1inci halia
garam dan kunyit serbuk untuk gaul pd ayam
2btg serai(dititik )
minyak untuk menggoreng
2senduk cili giling
1cwn sos cili atau sos tomato
2sudu gula pasir

cara-caranya..

1.ayam dibuang kulit dan dibersihkan.gaul dgn garam dan kunyit
2.goreng ayam separuh masak ...ketepikan
3.tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat
4.tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama serai hingga naik bau
5.masukkan cili giling dan dimasak hingga garing baru dimasukkan sos cili tadi
6.masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau lagi sehingga ayam betul-betul masak
7.perasakan dengan gula dan garam. kacau lagi..bolehlah dihidang

NASI HUJAN PANAS

Selamat tengahari semua...hr ni rasanya ku nak kongsikan resepi nasi hujan panas.tp kat luar tu memang panas tp x hujan.yang hujan hanya nasinya aje.apa-apa pun ini adalah percubaan pertama aku membuat nasi ni, biasanya aku buat nasi tomato,nasi ayam atau nasi minyak yang sememangnya menjadi kegemaran anak-anakku.nampaknya tambahlah lagi koleksi nasi yang menjadi kegemaran mereka sbb belum ku tanya anak keduaku fadhil dah kata sedap,mimi pula kata nasi tu wangi apalagi adif terus mintak nasi nak makan.bagi sesiapa nak mencubanya,dibawah ni kusertakan resepinya ...cuba jangan x cuba

NASI HUJAN PANAS

nasi ni sedap dimakan dgn ayam masak merah


bahan-bahan

4 cawan beras basmati(aku guna beras biasa)
1 cawan susu cair
rempah empat sekawan(bunga cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang)
4 3/4 cwn air(kalau beras basmati guna 5cwn air)
5 biji bawang merah
2biji bawang putih
1/2 inci halia
minyak untuk menumis
pewarna
garam

cara-caranya

1.tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia hingga hancur
2.panaskan minyak,tumis rempah 4sekawan bersama bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi
3.masukkan beras dan dikacau sebentar
4.masukkan air diikuti dgn susu cair
5.tanak nasi seperti biasa.apabila nasi dah kering buatlah beberapa lubang untuk dititik dgan warna
  bagiku warna hijau,merah dan perasa oren untuk membuat nasi tu wangi sbb ku tak guna daun pandan
6.kacaulah nasi seperti biasa barulah dibiarkan kering seperti biasa
               
             


pizza

Salam semua...jumpa lagi. kali ni nak kongsi satu resepi yang boleh menambah lemak dibadan.kalau sesiapa yang rasa badan dah penuh lemak,berhati-hatilah.AWAS......tp xpe tepuk dada tanya selera.yang herannya selera x payah ditanya,nak aje makan .apa-apa pun ini resepinya...

PIZZA
ni yg nak difrozenkan 

bahan-bahan untuk doh

1/4 cwn air suam
1sudu besar instant yis(mauripan)
1/2 sudu garam
1 sudu teh gula
3 sudu besar susu tepung
1/3 cwn mentega cair
1sudu besar oregano
11/2 cawan tepung gandum

cara-caranya
1.campurkan air suam ,gula dan yis,biarkan berbuih
2.dlm bekas lain campurkan tepung,susu tepung,marjerin,garam dan oregano,,gaul sebati
3.masukkan bahan 1 kedalam adunan tepung.uli hingga menjadi doh
4.tutup doh dan biarkan naik 2kali ganda
5.selepas itu tumbuk dan canai.
6.bakar 180c selama 10 minit
7.setelah itu letaklah topping yg digemari bakar semula selama 15minit atau sehingga masak

inti..
5ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1cm halia
2sudu rempah kari
3keping burger daging(direndam dan ditapis)
cili benggala hijau,kuning atau merah
mozarella cheese secukupnya
garam
sos tomato atau sos prego tradisional
minyak untuk menumis

caranya
1.blender bawang merah,bawang putih,halia,dan rempah kari hingga halus
2.tumis bahan blender hingga wangi
3.masukkan daging burger yang dihancurkan dan ditapis tadi masak hingga kering
4.perasakan dengan garam
5.sapukan sos tomato pd doh yang separuh msak td,taburkan mozarella
6.letakkan bahan yang dimasak tadi dan cili benggala yang dipotong keatas cheese mozarella tadi
7taburkan cheese lagi barulah dibakar lagi selama 15 minit atau sehingga masak


kuih kaswi

salam semua... hr ni aku nak kongsikan satu resepi mudah yang biasa ku buat untuk kami sekeluarga apabila minum petang.resepi ni aku dapat dari kak long yang sememangnya pandai dalam membuat kuih ni.dalam banyak-banyak kuih yang ku buat inilah yang menjadi kegemaran suamiku.disini ku nak kongsikan resepinya...kalau sesiapa yang x pandai masak pun boleh membuatnya.

KUIH KASWI

sedia untuk dikukus 

sedia untuk di ngap.....

bahan-bahannya...

1 cwn tepung ubi
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula merah
11/2 cwn gula pasir
5 cwn air
garam
sedikit kapur masak
1/2 biji kelapa (ambil putihnya aje)

cara-caranya...
1. campurkan tepung sagu,tepung gandum,gula merah,gula pasir,air dan sedikit kapur kedalam mangkuk dan digaul sebati...jangan ada yang berketul.gaul menggunakan senduk.jangan diblender nanti permukaan kuih x cantik.
2. tapis adunan kedalam loyang yang disapu minyak.untuk mengelakkan kuih melekat apabila dipotong
3.balut penutup kukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air jatuh pada kuih
4.kukus selama 1 jam atau hingga masak dengan menggunakan api sederhana
5.sejukkan barulah dipotong dan digaul dgn kelapa yang telah diperasakan dgn garam
6'bolehlah dihidang.



Friday, 13 December 2013

cheese cake lapis coklat

CHEESE CAKE LAPIS COKLAT


bahan-bahan.
250gm cream cheese
60gm gula halus(icing sugar)
1biji telur
1sudu besar air
1sudu besar tepung jagung

pukul cream cheese dgn gula hingga sebati.
masukkan telur diikuti air dan tepung.
pukul sebati dan biarkan sebentar.


bahan kek coklat.

2biji telur
1cawan gula
1sudu kecil esen vanila
sedikit garam
1/2 cwn air panas mendidih
1/2 cwn susu segar / susu cair
1/2 cwn minyak jagung / minyak masak
1 cwn tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*
* ayak bahan yg bertanda

1. pukul telur dan gula hingga kembang.kemudian masukkan esen vanila dan garam
2.masukkan air panas,susu dan minyak gaul sebati
3.setelah itu masukkan bahan yang diayak gaul sebati dan biarkan sebentar.bahagi kpd dua bahagian
4.sapukan loyangb dgn butter dan alaskan dgn kertas minyak
5.tuangkan sebahagian adunan coklat ke dlm loyang dan kukus 15-20 minit.tutup loyang dgn aluminium foil
6.setelah masak tuangkan adunan cheese pula. masak lagi 15 minit
7.setelah itu masukkan adunan coklat dan kukus lagi 20 minit atau hingga masak.



coretan

Assalamualaikum..selama empat hr aku pulang kekampung mak mertuaku di SKC,bg menghabiskan cuti tahunnya yang tinggal empat hr.pada mulanya kami bercadang nak bercuti tempat lain, tp disebabkan anak sulongku tak dapat ikut sekali dan mak mertuaku x brp sihat maka suamiku mengajak kami pulang ke kg.Aku sebagai isteri menurut saja tp anak-anakku x nak balik kg kerana kata mereka xde apa nak dibuat dikg.tp setelah dipaksa mereka terpaksa akur.kami tiba pukul 10.30 mlm.sungguh seronok opahnya menyambut kami pulang.didapur kulihat penuh sebakul durian disediakan untuk kami padahal anak-anakku xsuka durian ,hanya aku dan suami aje yg hantu durian.
hr pertama dikg kami x kemana-mana hanya duduk dirumah.anak-anak bermain motor keliling kg.aku dan suami hanya merehatkan diri didepan tv.
hr kedua anak-anak dah mula merunsingkan.mereka mulalah mengajak berjalan-jalan.memandangkan cuaca elok pd hr itu ayahnya membawa kami berkelah di air terjun sg bil tak jauh dr kg.anakku Adif ajak atoknya ikut sekali tp atoknya xnak.opahnya pula sakit lutut x boleh nak bergerak sgt.sesampainya disana terus mereka terjun ke sg...mandi sakan

 fadhil malu-malu
 ayah bergaya seksi
 mimi iklan syampu
adif sejuk menggigil

pada hr keempat baru kami pulang ke puchong.kami bertolak pagi.setibanya dipuchong letrik xde sbb hr tu TNB buat penyelenggaraan, terpaksalah kami berpanas sbb xberkipas.nak keluar suami pulak xnak.penat katanya.anak-anak main diluar, aku tido ajelah jawabnya.

Sunday, 8 December 2013

apam beras tradisional

Hari ni dalam sibuk-sibuk berkemas nak balik kg, mak mertua sempat juga aku membuat kuih ni sbb pembuatannya taklah sesusah mana.Aku ambil resepinya dr blog ct delima.minta izin dari ct untuk hakak masukkan resepi ni dlm blog akak pula.



APAM BERAS TRADISIONAL

bahan-bahannya...

2cwn nasi sejuk
2cwn tepung gandum
2cwn tepung beras
1cwn brown sugar
3/4cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 sudu kecil yis kering...mauripan
pewarna kesukaan
kelapa parut putih yg dikukus.....campur dgn garam


1.blend nasi campur air hingga hancur.kemudian campurkan gula pasir dan brown sugar,blend hingga sebati
2.dlm bekas lain, satukan tepung gandum,tpg beras dan yis..kacau rata.
3.campurkan cecair tadi dlm bekas tepung...sebatikan
4.perap 3jam
5.didihkan air dlm pengukus.balutkan penutup kukus dgn kain bersih
6.sapukan acuan dgn minyak
7.masukkan pewarna dlm adunan
8.kukus 15 minit dgn api besar
9.hidang bersama kelapa yang digaul garam.

Saturday, 7 December 2013

mee

MEE BANDUNG TULANG














bahan-bahan


1kg mee kuning
500gm tulang lembu
300gm daging
300gn udang
1cawan kacang tanah
6 keping tauhu putih
8biji bawang merah 
4ulas bawang putih
30gm udang kering
belacan
sawi
3sb sos tiram
minyak utk menumis
1mangkuk kecil cili giling
1/2 cwn gula pasir
garam
telur


cara-cara

1.campurkan cili giling,udang kering,belcan,bawang merahdan bawang putih untuk diblender.
2.tulang dan daging direbus hingga lembut, kemudian daging dihiris nipis
3.panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi hingga masak, masukkan sos tiram.kemudian masukkan kacang tanah yg dimesin halus.
4.masukkan air rebusan tulang serta tulangnya sekali ,dibiarkan mereneh.
5.apabila hampir masak , masukkan sawi dan udang hidup.
6. lenyekkan 3 keping tauhu untuk memekatkan kuah.
7.bolehlah dihidang bersama telur rebus dan tauhu goreng





Thursday, 5 December 2013

coretan

pada 13 november2013 merupakan hari graduasi untuk anak bongsuku adif. seronok sungguh dia hari tu.pagi-pagi lagi kami telah mula bersiap untuk mennghantarnya ke komplek rakan muda dipuchong kerana acaranya berlangsung disitu.kami sampai pukul 8.30 pagi.kebanyakkan rakan-rakannya dah sampai.
sesampainya disana gurunya suruhnya beratur ditempat yang telah ditetapkan.sehingga hampir pukul 10pg acara masih belum bermula.kasihan adif berpeluh-peluh akibat kepanasan didewan tu.adif anak yang baik ,dia diam aje tak mengeluh walaupun rakan -rakan yang lain dah mula bising.














katanya x payah sekolah sbb dah dpt ijazah











anak ibu tengah senyum