Salam semua...jumpa lagi. kali ni nak kongsi satu resepi yang boleh menambah lemak dibadan.kalau sesiapa yang rasa badan dah penuh lemak,berhati-hatilah.AWAS......tp xpe tepuk dada tanya selera.yang herannya selera x payah ditanya,nak aje makan .apa-apa pun ini resepinya...
PIZZA
ni yg nak difrozenkan
bahan-bahan untuk doh
1/4 cwn air suam
1sudu besar instant yis(mauripan)
1/2 sudu garam
1 sudu teh gula
3 sudu besar susu tepung
1/3 cwn mentega cair
1sudu besar oregano
11/2 cawan tepung gandum
cara-caranya
1.campurkan air suam ,gula dan yis,biarkan berbuih
2.dlm bekas lain campurkan tepung,susu tepung,marjerin,garam dan oregano,,gaul sebati
3.masukkan bahan 1 kedalam adunan tepung.uli hingga menjadi doh
4.tutup doh dan biarkan naik 2kali ganda
5.selepas itu tumbuk dan canai.
6.bakar 180c selama 10 minit
7.setelah itu letaklah topping yg digemari bakar semula selama 15minit atau sehingga masak
inti..
5ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1cm halia
2sudu rempah kari
3keping burger daging(direndam dan ditapis)
cili benggala hijau,kuning atau merah
mozarella cheese secukupnya
garam
sos tomato atau sos prego tradisional
minyak untuk menumis
caranya
1.blender bawang merah,bawang putih,halia,dan rempah kari hingga halus
2.tumis bahan blender hingga wangi
3.masukkan daging burger yang dihancurkan dan ditapis tadi masak hingga kering
4.perasakan dengan garam
5.sapukan sos tomato pd doh yang separuh msak td,taburkan mozarella
6.letakkan bahan yang dimasak tadi dan cili benggala yang dipotong keatas cheese mozarella tadi
7taburkan cheese lagi barulah dibakar lagi selama 15 minit atau sehingga masak