Bismillah pembuka bicara....sebenarnya semalam aku nak masukkan resepi ni kat blog tapi entah kenapa internet problem pulak,kejap ada kejap x de.geram dibuatnya tp x pe sementara itu sempat juga aku menyiapkan tempahan cheese tart dgn pertolongan anak-anak.sebenarnya aku nak kongsi satu resepi yang mungkin orang lain dah biasa buat iaitu masak lemak putih yang membezakannya cuma bahannya saja.Hari ni aku gunakan sayur pucuk meranti yang diberi oleh kawan suamiku yang duduk di Tanjung Karang.
kata orang sayur pucuk meranti ni klu makan perut rasa tak selesa....angin katamya....tapi bagi aku biasa-biasa aje mungkin perut aku dah kematu boleh makan apa aje bak kata pepatah" tolak batu dengan kayu aje" kat sini aku nak tunjuk macam mana rupa pucuk meranti
Bagi mak kita mungkin kenal atau mereka yang duduk di kampung,tapi bagi generasi sekarang ni mungkin ramai yang tak kenal maklumlah mereka dah disogokkan dengan sayur-sayur bandar..senang dapat kat pasar.wah ...panjang lebar pulak cerita macam pakar sayur pulak...jom skodeng resepi
bahan-bahan
2 cekak pucuk meranti
1 biji bawang besar(dihiris)
1 bji cili hidup(dihiris)
sedikit ikan bilis
1biji kelapa diambil santan(pekat jangan cair nanti x sedap)
keledek{aku x letak sbb x de}
garam
cara-caranya
1.siang sayur dan celur tapi jangan celur macam masak pucuk ubi cuma bila air dah mendidih masukkan garam dan sayur kacau dan toskan airnya.hanya untuk menghilangkan pahitnya aje.tp sesetengah orang tak payah celur masak terus.
2.perah santan masukkan sayur,bawang,ikan bilis ,keledek dan cili hidup masak atas dapur dan selalu kacau takut pecah minyak. masaklah sehingga keledek empuk dan perasakan dengan garam
No comments:
Post a Comment