Assalamualaikum....hari ni agak kelam-kabut sikit hari isnin persekolahan.Susah betul untuk mengejutkan Adif pagi ni untuk kesekolah agama dah diangkat kebilik air pun matanya masih lagi terpejam apalagi terus kujirus dgn air sejuk terus segar matanya.tiba disekolah loceng pun berbunyi kelam-kabutlah dia takut kena marah dengan cikgu.tersenyum kulihat perangai anakku sorang ni susah diramal perangainya.pukul 10.30pg aku dah tunggu dia keluar dr sekolah dan aku terus kepasar membeli lauk.Tiba dikedai tak tau apa nak dibeli dan dimasak untuk hr ni,aku tanya Adif nak makan apa hari ni dia kata nak makan nasi tomato sebab dah lama ibu tak masak nasi tomato..jadi kuikut kehendaknya.
Tiba dirumah terus dia nak makan ,lapar katanya tak sabar nak makan nasi tomato.aku segeralah masak,belum sempat masak ayam masak merah dia dah ambik pinggan apalagi kusendukkan nasi untuknya dan kuberi seketul ayam goreng itupun berselera kulihat dia makan.apa-apa pun ku nak kongsikan nasi tomato yang menjadi kegemaran anakku Adif
NASI TOMATO
bahan-bahan.
4cwn beras wangi
1/2 tin kecil tomato puree
11/2 cwn susu cair
1biji bawang besar*
3ulas bawang putih*
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)
5 cawan air
1kiub pati ayam
garam
minyak dan marjerin utk menumis(ada yg guna minyak sapi tp utk keluargaku mrk x suka baunya)
hiris bahan bertanda*
cara-cara
1.panaskan minyak dan marjerin kemudian tumis bhn yg dihiris bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
2.masukkan tomato puree hingga masak dan wangi baru dimasukkan beras kacau sebentar
3masukkan air dan susu cair serta perasakan dgn garam dan masukkan kiub pati ayam dan kacau serta masak seperti biasa didalam rice cooker.
4.hidang bersama jalatah dan papadom disamping ayam masak merah
selamat mencuba

No comments:
Post a Comment