pavlova ni kalau makan sejuk-sejuk memang yang terbaik..mabeless gitu.ada orang kata rasanya sedap macam mashmallo tapi bagi aku pavlova lagi sedap .apalagi daripada membebel tak tentu pasal lebih baik tengok resepi dan cuba buat baru tahu mana yang sedap,mashmallo atau pavlova
rupanya buruk tapi rasanya nyumm...nyumm
selepas di make up tp warnanya merah aje sbb xde stok buah kiwi
selepas dingap tak sempat nak masuk peti ais
PAVLOVA
4biji putih telur
1cawan gula kastor(aku masukm dlm 3/4 cwn aje)
1/2 esen vanila
1 sudu cuka masak
1/2 sudu tepung jagung
1.pukul putih telur dgn perlahan hingga berbuih.
2.masukkan gula sikit-sikit dgn kelajuan tinggi.putar hingga jadi kilat dan bertanduk
3.masukkan tepung jagung dan cuka serta kacau dengan spatula/senduk kayu
4.panaskan oven 150"c selama 15 minit
5. masa masukkan pavlova turunkan suhu kepada 140"c selama 40 minit atau 1jam
6.masak hingga warna jadi coklat muda
7.biarkan pintu oven sedikit terbuka jangan terus keluarkan nanti pavlova akan mendap
bahan topping
1cawan whipping cream(240 ml)
11/2 sudu besar gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1.pukul whipping cream hingga kental
2.campurkan gula dan esen vanila,pukul lagi hingga sebati
3.sapukan pada pavlova tadi, letakkan buah-buahan yang masam untuk mengimbangi rasa pavlova
yang manis.
buah yang biasa digunakan strawberry,kiwi dan anggur hijau
selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment