Snow-Falling-Effect

Thursday, 2 January 2014

Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum semua....hari ini nak kongsi resepi mudah untuk teman-teman yang mengunjungi blog ini iaitu ikan siakap tiga rasa. masakan ini atas permintaan suamiku.Sebenarnya resepi ini ku olah atas selera suamiku....jom kita tengok resepi


bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
tepung jagung untuk dilumur pada ikan
minyak untuk menggoreng
11/2 biji bawang besar(potong dadu)
10 biji cili api *
2batang serai*
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
11/2 biji tomata(potong dadu)
1cwn air
tepung jagung untuk memekatkan kuah
garam
hiris halus bahan bertanda*

cara-cara
1.bersihkan ikan dan lumurkan dgn tepung jagung lalu digoreng kemudian ketepikan
2.tumiskan bawang dan bahan hiris hingga naik bau
3.masukkan daun limau purut,sos tiram,sos tomato dan sos cili...kacau hingga masak
4.masukkan tomato dan air hingga mendidih dan kuahnya tinggal sedikit
5.bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan dimasukkan dalam kuahnya untuk memekatkannya
6 perasakan dengan garam
7.curahkan kuahnya tadi atas ikan dan bolehlah dihidang dengan nasi panas



No comments:

Post a Comment