Assalamualaikum teman-teman...hari ni nak kongsi satu resepi yang menjadi paberet aku dan anak-anak iaitu bihun sup utara.Disebabkan aku suka makan sup,suamiku bawa ku makan disuatu tempat di bukit kemuning.disitu memang ramai betul pelanggannya sehinggakan nak parking kereta pun susah bila pulang ke rumah teringat-ingat pulak rasa seperti tak puas dan nak makan lagi, apalagi mulalah aku tanya encik gogle mcm mana nak buat maka aku jumpalah satu resepi bihun sup utara yang senang sangat nak buat semuanya main rebus aje.aku dapat resepi ni dari koleksi resepi melayu tp aku olah ikut cara aku.
biasa aku buat bihun sup guna ayam tapi bagi bihun sup utara biasanya guna lemak ,daging ,perut atau tulang
perghhh...bila makan mesti tak ingat.....kita tengok resepi dulu
BIHUN SUP UTARA
bahan A
1bungkus bihun
2sudu besar kunyit serbuk
caranya rendam bihun dengan kunyit hingga lembut barulah dicelur dgn air panas dan toskan kemudian ketepikan.
bahan B(kuah)
500 gm daging
5 biji bawang merah(hiris)
3 ulas bawang putih(hiris)
2 inci halia(diketuk)
2 sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1sudu teh lada hitam
1/2 sdt lada putih
1/2 bungkus perencah sup adabi
garam
serbuk cukup rasa
caranya
semua bahan direbus hingga daging lembut dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa.
apabila daging lembut keluarkan dan hiris nipis.
bahan C(sambal kicap)
20 biji cili api
5 biji bawang putih
3 biji limau sambal(perah)
kicap manis
caranya
blender semua bahan
bahan C(sambal merah)
5 sudu besar cili blender
sedikit garam dan gula
sedikit air
perasa
perahan limau nipis
caranya
tumis cili hingga masak perasakan dgn garam dan gula .masukkan sedikit air dan perah limau nipis dan hidang bersama bihun sup
bahan tabur..
bawang goreng
daun bawang dan daun sup
cara hidang
masukkan bihun yang dicelur tadi serta masukkan kuahnya serta tabur dengan bawang goreng,daun sup dan daging yang dihiris.hidangkan dengan sambal kicap atau sambal merah tapi bagi aku sekeluarga kami suka sambal kicap ...SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment