Snow-Falling-Effect

Wednesday, 8 January 2014

Black Beauty Chocolate Cake

Assalamualaikum teman-teman.....hari ni balik dari menghantar Adif kesekolah ,aku dudukdi tempat temanku berniaga.ada beberapa temanku yang melepak sama disitu sementara menunggu murid-murid sesi pagi keluar.sebenarnya rumahku bersebelahan dgn sekolah rendah dan sekolah menengah jadi disitulah temanku mengambil peluang menjual jajan bagi menambah pendapatan mereka.sekali sekala bolehlah melepak sama ,berborak dan bergelak ketawa.klu dirumah ada saja kerja nak dibuat .bagi mereka yang bekerja peluang berjumpa kawan-kawan hampir setiap hari tp bagi surirumah spt ku inilah masa berjumpa kawan-kawan .atau masa menghantar anak-anak kesekolah,tajuk perbualan mesti berkisar tentang anak-anak.
pagi tadi selepas subuh aku ternampak resepi kek coklat di blog rahel,berkenan sungguh kulihat cara hiasan kek tu,simpel tp cantik,,resepinya sebenarnya lebih kurang dgn resepi yang selalu ku buat untuk anak-anakku tp biasanya aku kukus kek ni tp yg ini versi bakar punya..jom kita lihat resepi

baru keluar dr oven 


Black beauty chocolate cake

bahan A

2cwn tepung gandum(ayak 2x)
3/4cwn serbuk koko
2sudu teh serbuk penaik
2sudu teh soda bikarbonat

bahan B

2cwn gula kastor
1cwn susu cair
1cwn minyak masak/butter yg di cairkan
1cwn air panas suam
1sudu besar coklat emulco(xde dlm simpanan jd ku ganti dgn coffee emulco)
3biji telur

cara-cara

1.ayak bahan A ketepikan
2.campurkan semua bahan B dan gaul rata
3campurkan bahan Adan B gaul sebati
tuang dalam loyang bakar pada suhu 150"c selama 50 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.tp bagi versi cupcake bakar pd suhu 150"c selama 30 mini
4 hiaskan dgn topping kegemaran dan tabur gula aising

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment