Assalamualaikum teman-teman...hari ni nak kongsi satu resepi yang menjadi paberet aku dan anak-anak iaitu bihun sup utara.Disebabkan aku suka makan sup,suamiku bawa ku makan disuatu tempat di bukit kemuning.disitu memang ramai betul pelanggannya sehinggakan nak parking kereta pun susah bila pulang ke rumah teringat-ingat pulak rasa seperti tak puas dan nak makan lagi, apalagi mulalah aku tanya encik gogle mcm mana nak buat maka aku jumpalah satu resepi bihun sup utara yang senang sangat nak buat semuanya main rebus aje.aku dapat resepi ni dari koleksi resepi melayu tp aku olah ikut cara aku.
biasa aku buat bihun sup guna ayam tapi bagi bihun sup utara biasanya guna lemak ,daging ,perut atau tulang
perghhh...bila makan mesti tak ingat.....kita tengok resepi dulu
BIHUN SUP UTARA
bahan A
1bungkus bihun
2sudu besar kunyit serbuk
caranya rendam bihun dengan kunyit hingga lembut barulah dicelur dgn air panas dan toskan kemudian ketepikan.
bahan B(kuah)
500 gm daging
5 biji bawang merah(hiris)
3 ulas bawang putih(hiris)
2 inci halia(diketuk)
2 sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1sudu teh lada hitam
1/2 sdt lada putih
1/2 bungkus perencah sup adabi
garam
serbuk cukup rasa
caranya
semua bahan direbus hingga daging lembut dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa.
apabila daging lembut keluarkan dan hiris nipis.
bahan C(sambal kicap)
20 biji cili api
5 biji bawang putih
3 biji limau sambal(perah)
kicap manis
caranya
blender semua bahan
bahan C(sambal merah)
5 sudu besar cili blender
sedikit garam dan gula
sedikit air
perasa
perahan limau nipis
caranya
tumis cili hingga masak perasakan dgn garam dan gula .masukkan sedikit air dan perah limau nipis dan hidang bersama bihun sup
bahan tabur..
bawang goreng
daun bawang dan daun sup
cara hidang
masukkan bihun yang dicelur tadi serta masukkan kuahnya serta tabur dengan bawang goreng,daun sup dan daging yang dihiris.hidangkan dengan sambal kicap atau sambal merah tapi bagi aku sekeluarga kami suka sambal kicap ...SELAMAT MENCUBA
Tuesday, 14 January 2014
Monday, 13 January 2014
Pavlova oh Pavlova
Assalamualaikum kepada teman-teman yang mengunjungi blog ku ini semuga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu.....PAVLOVA....klu dengar nama dah tahu tu makanan omputeh . sekali sekala tekak melayu ni nak juga rasa makanan omputeh .sebenarnya dah beberapa kali aku buat pavlova ni tapi tak sempat nak n3 dah kena ngap dengan anak-anak tp hr ni mereka sekolah jadi dapatlah nak snap gambar.
pavlova ni kalau makan sejuk-sejuk memang yang terbaik..mabeless gitu.ada orang kata rasanya sedap macam mashmallo tapi bagi aku pavlova lagi sedap .apalagi daripada membebel tak tentu pasal lebih baik tengok resepi dan cuba buat baru tahu mana yang sedap,mashmallo atau pavlova
PAVLOVA
4biji putih telur
1cawan gula kastor(aku masukm dlm 3/4 cwn aje)
1/2 esen vanila
1 sudu cuka masak
1/2 sudu tepung jagung
1.pukul putih telur dgn perlahan hingga berbuih.
2.masukkan gula sikit-sikit dgn kelajuan tinggi.putar hingga jadi kilat dan bertanduk
3.masukkan tepung jagung dan cuka serta kacau dengan spatula/senduk kayu
4.panaskan oven 150"c selama 15 minit
5. masa masukkan pavlova turunkan suhu kepada 140"c selama 40 minit atau 1jam
6.masak hingga warna jadi coklat muda
7.biarkan pintu oven sedikit terbuka jangan terus keluarkan nanti pavlova akan mendap
bahan topping
1cawan whipping cream(240 ml)
11/2 sudu besar gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1.pukul whipping cream hingga kental
2.campurkan gula dan esen vanila,pukul lagi hingga sebati
3.sapukan pada pavlova tadi, letakkan buah-buahan yang masam untuk mengimbangi rasa pavlova
yang manis.
buah yang biasa digunakan strawberry,kiwi dan anggur hijau
selamat mencuba....

rupanya buruk tapi rasanya nyumm...nyumm
selepas di make up tp warnanya merah aje sbb xde stok buah kiwi
selepas dingap tak sempat nak masuk peti ais
PAVLOVA
4biji putih telur
1cawan gula kastor(aku masukm dlm 3/4 cwn aje)
1/2 esen vanila
1 sudu cuka masak
1/2 sudu tepung jagung
1.pukul putih telur dgn perlahan hingga berbuih.
2.masukkan gula sikit-sikit dgn kelajuan tinggi.putar hingga jadi kilat dan bertanduk
3.masukkan tepung jagung dan cuka serta kacau dengan spatula/senduk kayu
4.panaskan oven 150"c selama 15 minit
5. masa masukkan pavlova turunkan suhu kepada 140"c selama 40 minit atau 1jam
6.masak hingga warna jadi coklat muda
7.biarkan pintu oven sedikit terbuka jangan terus keluarkan nanti pavlova akan mendap
bahan topping
1cawan whipping cream(240 ml)
11/2 sudu besar gula aising
1/2 sudu teh esen vanila
1.pukul whipping cream hingga kental
2.campurkan gula dan esen vanila,pukul lagi hingga sebati
3.sapukan pada pavlova tadi, letakkan buah-buahan yang masam untuk mengimbangi rasa pavlova
yang manis.
buah yang biasa digunakan strawberry,kiwi dan anggur hijau
selamat mencuba....
Wednesday, 8 January 2014
Black Beauty Chocolate Cake
Assalamualaikum teman-teman.....hari ni balik dari menghantar Adif kesekolah ,aku dudukdi tempat temanku berniaga.ada beberapa temanku yang melepak sama disitu sementara menunggu murid-murid sesi pagi keluar.sebenarnya rumahku bersebelahan dgn sekolah rendah dan sekolah menengah jadi disitulah temanku mengambil peluang menjual jajan bagi menambah pendapatan mereka.sekali sekala bolehlah melepak sama ,berborak dan bergelak ketawa.klu dirumah ada saja kerja nak dibuat .bagi mereka yang bekerja peluang berjumpa kawan-kawan hampir setiap hari tp bagi surirumah spt ku inilah masa berjumpa kawan-kawan .atau masa menghantar anak-anak kesekolah,tajuk perbualan mesti berkisar tentang anak-anak.
pagi tadi selepas subuh aku ternampak resepi kek coklat di blog rahel,berkenan sungguh kulihat cara hiasan kek tu,simpel tp cantik,,resepinya sebenarnya lebih kurang dgn resepi yang selalu ku buat untuk anak-anakku tp biasanya aku kukus kek ni tp yg ini versi bakar punya..jom kita lihat resepi
Black beauty chocolate cake
bahan A
2cwn tepung gandum(ayak 2x)
3/4cwn serbuk koko
2sudu teh serbuk penaik
2sudu teh soda bikarbonat
bahan B
2cwn gula kastor
1cwn susu cair
1cwn minyak masak/butter yg di cairkan
1cwn air panas suam
1sudu besar coklat emulco(xde dlm simpanan jd ku ganti dgn coffee emulco)
3biji telur
cara-cara
1.ayak bahan A ketepikan
2.campurkan semua bahan B dan gaul rata
3campurkan bahan Adan B gaul sebati
tuang dalam loyang bakar pada suhu 150"c selama 50 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.tp bagi versi cupcake bakar pd suhu 150"c selama 30 mini
4 hiaskan dgn topping kegemaran dan tabur gula aising
SELAMAT MENCUBA

baru keluar dr oven

Sunday, 5 January 2014
Nasi Tomato
Assalamualaikum....hari ni agak kelam-kabut sikit hari isnin persekolahan.Susah betul untuk mengejutkan Adif pagi ni untuk kesekolah agama dah diangkat kebilik air pun matanya masih lagi terpejam apalagi terus kujirus dgn air sejuk terus segar matanya.tiba disekolah loceng pun berbunyi kelam-kabutlah dia takut kena marah dengan cikgu.tersenyum kulihat perangai anakku sorang ni susah diramal perangainya.pukul 10.30pg aku dah tunggu dia keluar dr sekolah dan aku terus kepasar membeli lauk.Tiba dikedai tak tau apa nak dibeli dan dimasak untuk hr ni,aku tanya Adif nak makan apa hari ni dia kata nak makan nasi tomato sebab dah lama ibu tak masak nasi tomato..jadi kuikut kehendaknya.
Tiba dirumah terus dia nak makan ,lapar katanya tak sabar nak makan nasi tomato.aku segeralah masak,belum sempat masak ayam masak merah dia dah ambik pinggan apalagi kusendukkan nasi untuknya dan kuberi seketul ayam goreng itupun berselera kulihat dia makan.apa-apa pun ku nak kongsikan nasi tomato yang menjadi kegemaran anakku Adif
NASI TOMATO
bahan-bahan.
4cwn beras wangi
1/2 tin kecil tomato puree
11/2 cwn susu cair
1biji bawang besar*
3ulas bawang putih*
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga)
5 cawan air
1kiub pati ayam
garam
minyak dan marjerin utk menumis(ada yg guna minyak sapi tp utk keluargaku mrk x suka baunya)
hiris bahan bertanda*
cara-cara
1.panaskan minyak dan marjerin kemudian tumis bhn yg dihiris bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau.
2.masukkan tomato puree hingga masak dan wangi baru dimasukkan beras kacau sebentar
3masukkan air dan susu cair serta perasakan dgn garam dan masukkan kiub pati ayam dan kacau serta masak seperti biasa didalam rice cooker.
4.hidang bersama jalatah dan papadom disamping ayam masak merah
selamat mencuba

Saturday, 4 January 2014
Bluberry Muffin
Assalamualaikum teman-teman...hari ni aku nak kongsikan satu resepi muffin yang baru pertama kali aku membuatnya.aku dapat resepi ni dari blog teratak kek zaidah@kuantan.disini aku mengambil kesempatan untuk memanjangkan resepi ini kepada teman-teman yang mengenaliku.Untuk itu dibawah ni kita lihat resepinya
BLUEBERRY MUFFIN
bahan-bahan
125gm butter
120gm gula halus
3biji telur
125ml susu segar
250gm tepung gandum
1sudu teh serbuk penaik
blueberry filling
cara-cara
1.pukul gula dan butter hingga kembang.masukkan telur sebiji demi sebiji
2 tambahkan tepung dan serbuk penaik. tuang sususambil dibancuh dengan perlahan
3.masukkan 1/3 adunan kedalam cawan muffin,tambahkan blueberry filling dan masukkan adunan 3/4 penuh
4.bakar pada suhu 180"c selama 20 hingga 25 minit.

Thursday, 2 January 2014
Ikan Siakap Tiga Rasa
Assalamualaikum semua....hari ini nak kongsi resepi mudah untuk teman-teman yang mengunjungi blog ini iaitu ikan siakap tiga rasa. masakan ini atas permintaan suamiku.Sebenarnya resepi ini ku olah atas selera suamiku....jom kita tengok resepi
bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
tepung jagung untuk dilumur pada ikan
minyak untuk menggoreng
11/2 biji bawang besar(potong dadu)
10 biji cili api *
2batang serai*
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
11/2 biji tomata(potong dadu)
1cwn air
tepung jagung untuk memekatkan kuah
garam
hiris halus bahan bertanda*
cara-cara
1.bersihkan ikan dan lumurkan dgn tepung jagung lalu digoreng kemudian ketepikan
2.tumiskan bawang dan bahan hiris hingga naik bau
3.masukkan daun limau purut,sos tiram,sos tomato dan sos cili...kacau hingga masak
4.masukkan tomato dan air hingga mendidih dan kuahnya tinggal sedikit
5.bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan dimasukkan dalam kuahnya untuk memekatkannya
6 perasakan dengan garam
7.curahkan kuahnya tadi atas ikan dan bolehlah dihidang dengan nasi panas

Cotton Soft Japanese Cheesecake
Assalamualaikum semua...hari ni merupakan hari pertama persekolahan Adif....pergi balik persekolahannya aku juga yang uruskan...aduh penat sungguh hari ini tapi apa nak kata itu tanggungjawabku memandangkan suamiku penat bekerja jadi akulah yang menguruskan hal anak-anak.sambil merehatkan diri terfikir pula apa minum petang yang akan ku hidangkan untuk anak-anakku. mulalah aku bukak gogle kot-kot ada resepi yang menarik.tiba-tiba terpandang resepi japanese cheesecake di blog CaHaYa CiNta Ku .bila intai di fridge ada bahan-bahan yang diperlukan....jadi apalagi on ajelah...mulalah projek aku.Sebenarnya dah lama nak mencuba kek ni tapi tak pernah kesampaian....hr ni tercapai juga hajatku untuk membuat kek ni.Jom intai-intai resepi pulak...
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
hasil dari bahan B
hasil dari bahan A
hasilnya
sedia untuk dimakan
bahan-bahan
BAHAN A
250gm cream cheese
50gm butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
1sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60gm tepung kek
20gm tepung jagung
BAHAN B
140gm gula
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon (tp aku gantikan dgn cream of tartar)
cara-cara
cairkan cream cheese,butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan kemudian campurkan tepung,tepung jagung, kuning telur,garam dan jus lemon kedalam adunan cream cheese hingga sebati.
dalam bekas lain,pukul putih telur sampai berbuih.lepas tu tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk
campurkan adunan bahan A tadi kedalam bahan B dgn kaedah kaup-balik hingga sebati
sediakan loyang bulat berukuran 8inci yang digriskan dibawahnya.tuang adunan kedalam loyang.
bakar kek pada suhu 160"c selama 1 jam dgn cara bain -marie(waterbath)
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Posts (Atom)