Snow-Falling-Effect

Tuesday, 31 December 2013

Sambal tempoyak udang

Assalamualaikum semua......selamat tahun baru ku ucapkan kpd kawan-kawan semua semuga tahun ini akan menambah kebaikan pada kita semua.semalam aku sekeluarga pulang kekampung mak mertuaku di Slim River.tak jauh bolehlah balik selalu memandangkan mak mertuaku tak berapa sihat.dan anak-anak masih bercuti,dikampung aku belajar satu resepi yang tak pernah kumasak tapi pernah makan iaitu sambal tempoyak udang....perghhh....tak hengat....tak hengatnya aku sorang je sebab suami dan anak-anak tak makan.dulu masa mula-mula kawin..tak usahkan tempoyak,durian pun suamiku tak makan tapi bila dilihatnya aku suka sangat makan durian dia selalu tanya sedap ke durian tu...aku kata kalau nak tau sedap ke tidak cubalah rasa...bila dia rasa....apalagi jadilah hantu durian macam aku.tapi kalau aku makan tempoyak lain pulak jadinya dia tak suka bau tempoyak ..busuk katanya.apa -apa pun jom tengok resepi..

Sambal Tempoyak Udang




bahan-bahannya

1 biji bawang besar*
1 genggam cili api*
1 senduk kecil tempoyak(lebih pun x pe)
3 batang serai(di ketuk dan dikoyakkan)
300gm udang(lebih pun x pe)
garam
gula
minyak untuk menumis
*blender bahan bertanda

cara-cara
1.panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga masak .
2.masukkan udang dan serai kemudian masukkan tempoyak.
3.kacau hingga masak dan perasakan dengan garam dan gula
   selamat mencuba..

mak mertuaku tengah nak bakar ikan talapia merah yang menjadi kegilaan anak-anakku tapi tidak aku sbb
aku tak makan ikan sungai




Saturday, 28 December 2013

Kek Hokkaido

Salam semua....bertemu lagi petang ni.Hari ni aku nak memperkenalkan satu lagi cup cake yang sememangnya gebu dan lembut seperti sponge.mungkin ada yang belum pernah atau dah pernah merasa kek ni yang bersetuju dengan kata-kataku ini.tapi kalau kek ni disimpan dalam fridge dulu,lagilah bertambah-tambah keenakannya.sesiapa yang nak mencuba membuatnya cubalah resepi dibawah ni.tapi kalau malas nak membuatnya boleh menempah dari saya.telefon saya atau email aje....

 
berbaris untuk dibubuh kastard dan di make up

bersendirian setelah dihias 


berkumpul bersama-sama

Kek Hokkaido

bahan-bahan

4biji telur kuning
30 gm gula kastor
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
sedikit esen vanila 
55 gm tepung kek*
20 gm tepung kastard*
1 sudu baking powder*
ayak bahan yang bertanda*

1.canpurkan gula dan kuning telur dengan menggunakan whisk
2.campurkan minyak jagung,susu dan esen vanila
3.campurkan sedikit-sedikit bahan yang diayak tadi
4.kacau sebati dan ketepikan

4biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor

1.pukul putih telur hingga berbuih , kemudian baru masukkan gula kastor dan garam
2.pukul hingga bertanduk dan berkilat
3.campurkan bahan A dan B secara kaup balik
4.bakar pada suhu 170oc selama 15-20 minit
masukkan adunan dalam 3/4 cawan

bahan untuk krim kastard

1sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung jagung atau tepung kastard
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1biji telur
esen vanila
1sudu besar mentega
pewarna kuning atau perisa oren

campurkan semuanya dan masak atas dapur
sentiasa kacau bahan hingga berkilat..sejukkan
masukkan kastard dlm piping beg yang diletakkan nozle
picitkan kastard kedalam kek kemudian taburkan gula icing

SELAMAT MENCUBA

Friday, 27 December 2013

Nasi Ayam yang mabeles

Assalamualaikum semua....hari ni terasa pening sekali.pagi-pagi lagi aku bercadang untuk kepasar sbb ku lihat dlm fridge hanya ada ikan aje anak-anakku tak suka makan ikan ,walau apa pun yang ku masak semestinya ada ayam .terasa berat kaki nak melangkah,malas pun ada tak sihat pun ia juga.Aku menyuruh anak lelaki ku pergi beli lauk dia mengiakan aje sbb dia lihat aku tak berapa sihat.balik aje ku lihat yang dibawanya adalah seekor ayam yang dibelah empat.aku tahu apa nak masak untuk hr ni iaitu nasi ayam yang sememangnya menjadi kegemaran anak-anakku.sebenarnya ada banyak jenis nasi ayam ni.apa yang ku kongsikan disini adalah nasi ayam yang sering kumasak untuk keluargaku...dibawah ni kusertakan resepinya  kot-kot ada sesiapa yang berkenan nak mencubanya...


Nasi Ayam

bahan-bahan....
1 ekor ayam(belah 4 dan dibersihkan)
4 cwn beras wangi(cuci dulu)
5 cwn air rebusan ayam
4 ulas bawang putih
2cm halia
3 helai daun pandan
2sudu besar majerin
1sudu besar minyak masak
garam

1.rebus ayam untuk mendapatkan air rebusannya
2.tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.dan koyakkan daun pandan lalu disimpul
3.panaskan majerin dan minyak masak kemudian tumis bawang putih ,halia dan daun pandan hingga wangi
4.masukkan beras tadi dan kacau seketika baru dimasuukan air rebusan tadi.perasakan dengan garam
5.biarkan nasi masak seperti biasa

bahan untuk kicap hitam

.1 cwn kicap manis
5sudu besar gula
3 ulas bawang putih
11/2 cwn air rebusan ayam

1.masak kicap dan gula hingga berbuih kemudian baru dimasukkan ayam.setelah kicap rata diseluruh ayam tadi barulah diangkat dan di toskan ayam tadi,barulah digoreng..
2.campurkan bawang putih yang ditumbuk tadi serta air rebusan ayam kedalam kicap tadi dan dibiarkan mendidih sekali lagi barulah diangkat.

bahan kuah merah

3biji cili hidup
10 biji cili api
4ulas bawang putih
1 inci halia
2cwn air rebusan ayam
sos cili( utk pekatkan kuah dan sebagai penambah perasa)
cuka
garam

1.blender cili hidup,cili api,bawang putih dan halia bersama air rebusan ayam
2. masak hingga mendidih baru masukkan sos cili dan garam.
3.apabila sudah masak baru dimasukkan cuka

bahan untuk sup

air rebusan ayam
5 biji bawang merah*
3ulas bawang putih*
2inci halia*
rempah 4 sekawan
1 sudu besar perencah sup
garam
daun sup
minyak untuk menumis
perasa jika suka
tumbuk bahan bertanda*

1.panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawn bersama bahan yang ditunbuk tadi .biarkan sehingga naik bau.
2.masukkan perencah sup dan dikacau hingga naik bau, barulah dimasukkan air rebusan ayam tadi
3.biarkan mendidih barulah diperasakan dengan garam.apabila nak diangkat barulah masukkan daun sup dan terus tutup api dan bolehlah dihidang.
4.boleh dihidang bersama salad atau timun
           SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, 25 December 2013

Cheese tart untuk tempahan

CHEESE TART(ini blueberry cheese tart)


sedia untuk dibakar

filling blueberry

telah dimasak sedia untuk di ngap...

kami mempunyai perasa blueberry,kiwi dan strawberry
harganya....50pcs=rm 35
      100pcs=rm 68
untuk tempahan hubungi saya 017 6428836 atau email aje.


RED VELVET untuk tempahan


RED VELVET


red velvet yg belum di make up



red velvet yg telah di mwke up kan

harga untuk 12pcs=rm 40
                   16pcs=rm 50
                   25pcs=rm 70

sesiapa yg ingin menempah hubungi saya 017 6428836 atau email aje


waffle rangup

Bismillah pembuka bicara untuk tatapan mereka yang singgah di blog ku ini.dah beberapa hr aku teringin membuat waffle ni ,biasanya beli kat luar aje bila tekak ni teringin nak makan.pagi selasa samalam ku ajak suamiku mencari waffle maker di kedai elektrik tp x jumpa tp ada rakan bloger memberitahu brg ni boleh didapati di mydin subang jaya,apalagi aku terus menuju kesana.alhamdulillah berjaya juga aku memilikinya.hr ni apalagi projek aku pun bermula maka jadilah waffle buatan ku sendiri.

inilah waffle maker yang baru kubeli semalam



waffle pertama kejadiannya
Waffle rangup

bahan-bahan..
2cwn tepung gandum
2sudu kecil yis kering(mauripan)
1/2sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3sudu besar mentega yg dicairkan
1cwn susu segar
1biji telur
1sudu besar esen vanila
1/2 cwn air suam

cara...

1.campurkan tpg gandum,yis,gula ,garam,mentega,telur,esen vanila dan susu segar
2.pukul perlahan-lahan menggunakan whisk
3.masukkan air suam sedikit-sedikit supaya adunan tadak terlalu pekat atau cair
4.panaskan waffle maker sementara kita membancuh adunan
5.masukkan adunan ditengah-tengah waffle maker supaya ia merebak keseluruhannya
6tunggu lebih kurang 10 saat sebelum ditutup
7.biarkan selama 10 minit ataupun sehigga waffle masak.jgn sampai hangus tau
8 bolehlah dimakan dgn jem kesukaan
selamat mencuba

Sunday, 22 December 2013

Laksa

Salam semua...ptg ni aku nak kongsi resepi laksa. sebenarnya aku selalu buat laksa ni tp anak-anakku selalu complain setiap kali ku buat rasanya berbeza-beza.kadang-kadang sedap ,kadang-kadang pedas.kali ni aku dah jumpa resepi tepat untuk buat laksa ni, jadi rasanya sentiasa sama,dlm erti kata lain SEDAP...memenuhi citarasa tekak mereka...sebenarnya klu ditanya mak kita sendiri pun mereka tak pernah menyukat apa yg mereka gunakan dlm masakan mereka bak kata orang main campak-campak aje.jadi apabila kita nak turunkan ilmu kita pd anak-anak mcm mana nak cakap takkan nak kata seposen itu,dua posen ini mcm mak aku ckp sbb zaman dah berubah org dah pakai gm,litter atau auns.sbb itu pentingnya sukat setiap bahan yg diguna dlm masakan.sesiapa yang nak mencuba resepi ni, cubalah pasti tak menyesal.....                              


                                                         

LAKSA

bahan-bahan..
2kg ikan kembong
3biji bawang besar
2ibu jari belacan(agak-agak ye)
2 senduk kecil cili blender
22keping asam keping
3 bunga kantan (belah 4)
1 ikat daun kesum
air untuk rebus ikan dan dijadikan kuahnya
garam
perasa jika suka

bahan hiasan

telur
timun
salad
bawang besar
cili hidup
limau kasturi

cara-caranya...
1.bersihkan ikan dan rebus ikan bersama asam keping sehingga ikan masak dan senang diceraikan dari tulangnya
2.asingkan isi ikan dari tulangnya dan tapis air tadi supaya x de tulang yang masuk dlm air tadi.asam keping tadi dimasukkan semula kedlm air rebusan tadi .
3.ambil isi ikan tadi dan blender hingga halus dan masukkan kedlm kuah tadi
4tulang yg diasingkan td pun diblender dan ditapis supaya x de tulang yg masuk dlm kuahnya
5.bawang,dan belacan di blender serta masukkan juga dlm kuahnya
6.masukkan cili blender barulah dibuka api nya dan dibiarkan hingga mendidih
7.apabila mendidih masukkan bunga kantan,daun kesum dan perasakan dgn garam
8.bolehlah dihidang bersama bawang hiris,cili hidup,salad,timun dan telur. klu nak lebih masam perahlah limau sambal,..selamat menjamu selera.....