Snow-Falling-Effect

Sunday, 9 February 2014

Cheese Cake Meleleh

Assalamualaikum teman-teman...dah lama kita tak bertemu baru hari ni dapat aku meluangkan masa menjenguk blog sendiri. sebenarnya kebelakangan ini sibuk memenuhi tempahan yang datang..Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi.hari ni nak kongsi resepi cheese cake meleleh yang menjadi kegemaran ramai yang meminati cheese termasuk aku juga.resepi ni aku ambil dari blog rahel..disini nak minta izin untuk memanjangkan ilmu kepada teman -teman yang baru nak mula berjinak-jinak dalam bidang masakan spt aku.




bahan-bahan
100gm tepung hong kong/gamdum
60 gm tepung jagung*
1sudu kecil baking powder*
1sudu besar ovallete
100gm gula kastor
4biji telur
2biji kuning telur
50ml air sejuk drp peti ais
75gm mentega cair

cara..
ayak bahan bertanda *
campurkan semua bahan kecuali mentega cair
pukul gebu baru nasukkan mentega cair dan sebatikan
bakar 150"c selama 45 minit

bahan cream cheese

250gm cream cheese
120gm susu pekat
50ml whipping cream

semua bahan putar sebati

utk hiasan
1 buku 250gm chedar cheese..diparut dan ditabur atas cream cheese

untuk sesiapa yang malas nak membuatnya boleh order dengan saya 017 6428836

Monday, 3 February 2014

Tempahan Kuih Puteri Ayu

Salam teman-teman..hari ni nak ketengahkan satu jenis kuih yang biasa kita lihat dan makan. tapi biasanya kuih ni yang biasa orang buat ialah perasa pandan tapi saya ada buat berbagai perasa untuk kuih ni iaitu selain perasa pandan ada juga perasa coklat,jagung,keladi  dan perasa yang puan-puan kehendaki.jadi sesiapa yang ingin menempah boleh hubungi saya atau email aje.

tempahan untuk puteri ayu





untuk 100pcs= rm 35

Saturday, 25 January 2014

Chicken Pie

Assalamualaikum teman-teman....minta maaf dah lama tak n3 apa-apa resepi sebab sekarang ni sibuk memenuhi tempahan untuk customer.Alhamdulillah rezeki bulan ni.hari ni ambil peluang berehat sebab esok tempahan cheese tart dah menanti.tengah rehat teringat apa nak masak utk minum petang sebab anak-anak ada dirumah.dalam peti ais ada carot,dan ayam,tp cendawan atau lada bengala x de pulak ,tp tak pe buat apa ajelah yg patut.sebenarnya memang rancang nak buat chicken pie tp x cukup bahan jadi wujudlah resepi hentam ajelah ..cara aku ...hari ni aku nak kongsi resepi mudah untuk chicken pie .aku beli puff pastri yang ready made nanti klu ada peluang aku akan ajar buat puff pastri yang kita buat sendiri.untuk kali ni layan aje resepi ni...




CHICKEN PIE

bahan-bahan...

puff pastri secukupnya(akak beli dikedai bakery aje,boleh juga guna puff pastry jenama kawan)
2keping dada ayam (potong dadu)
3biji bawang besar (potong dadu)
2ulas bawang putih(potong dadu juga)
1 tin cendawan butang 
1 sdb rempah kari daging
1 biji karot
garam
serbuk pati ayam
tepung jagung
minyak utk menumis
bekas chicken pie

cara-cara
1.panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2.masukkan ayam dan kacau hingga masak
3.masukkan karot dan biarkan hingga karot lembut baru dimasukkan cendawan
4.masukkan rempah kari dan dikacau hingga masak dan berbau harum barulah dimasukkan garam,serbuk pati ayam dan untuk memekatkannya masukkan bancuhan tepung jagung.barulah diangkat dan sejukkan

cara mengisi dlm mangkuk pie..
1.potong puff pastry besar mangkuk pie kemudian letakkan dlm mangkuk barulah diisi inti tadi.
2.tutup semula dgn puff pastry dan tepinya tekan dgan garpu supaya tidak terbuka bila dimasak
3.cucuk -cucuk permukaan atas dgn garpu dan sapu dgn kuning telur
4.panaskan oven 180'c dan masak dlm 30 minit
sedia untuk dihidang

Wednesday, 22 January 2014

Tempahan Kek Coklat Super Duper Moist

Assalamualaikum pembuka bicara...nak  cerita sikit tentang kek coklat , sebenarnya aku memang hantu coklat,banyak kek coklat yang telah ku rasa tapi kek ni benar-benar moist dan menepati tekak ku ini.anak-anak pun suka sangat hingga ada yang minta resepi kalau nak tahu keenakkan kek ni cubalah rasa dengan  menelefon saya atau email aje



untuk ini harganya  rm 10

Tuesday, 21 January 2014

Tempahan Kuih Semprit

Assalamualaikum teman-teman...sesiapa nak menempah kuih semprit dahlia bolehlah hubungi atau wassup sy di nombor yang diberi atau emel aje...017 6428836  atau 017 2792712





harganya  50pcs= rm 22
                100pcs=rm 40

Tuesday, 14 January 2014

Pucuk Meranti Masak Lemak Putih

Bismillah pembuka bicara....sebenarnya semalam aku nak masukkan resepi ni kat blog tapi entah kenapa internet problem pulak,kejap ada kejap x de.geram dibuatnya tp x pe sementara itu sempat juga aku menyiapkan tempahan cheese tart dgn pertolongan anak-anak.sebenarnya aku nak kongsi satu resepi yang mungkin orang lain dah biasa buat iaitu masak lemak putih yang membezakannya cuma bahannya saja.Hari ni aku gunakan sayur pucuk meranti yang diberi oleh kawan suamiku yang duduk di Tanjung Karang.
kata orang sayur pucuk meranti ni klu makan perut rasa tak selesa....angin katamya....tapi bagi aku biasa-biasa aje mungkin perut aku dah kematu boleh  makan apa aje bak kata pepatah" tolak batu dengan kayu aje" kat sini aku nak tunjuk macam mana rupa pucuk meranti

 Bagi mak kita mungkin kenal atau mereka yang duduk di kampung,tapi bagi generasi sekarang ni mungkin ramai yang tak kenal maklumlah mereka dah disogokkan dengan sayur-sayur bandar..senang dapat kat pasar.wah ...panjang lebar pulak cerita macam pakar sayur pulak...jom skodeng resepi

bahan-bahan

2 cekak pucuk meranti
1 biji bawang besar(dihiris)
1 bji cili hidup(dihiris)
sedikit ikan bilis
1biji kelapa diambil santan(pekat jangan cair nanti x sedap)
keledek{aku x letak sbb x de}
garam

cara-caranya

1.siang sayur dan celur tapi jangan celur macam masak pucuk ubi cuma bila air dah mendidih masukkan garam dan sayur kacau dan toskan airnya.hanya untuk menghilangkan pahitnya aje.tp sesetengah orang tak payah celur masak terus.
2.perah santan masukkan sayur,bawang,ikan bilis ,keledek dan cili hidup masak atas dapur dan selalu kacau takut pecah minyak. masaklah sehingga keledek empuk dan perasakan dengan garam
           

Bihun sup utara

Assalamualaikum teman-teman...hari ni nak kongsi satu resepi yang menjadi paberet aku dan anak-anak iaitu bihun sup utara.Disebabkan aku suka makan sup,suamiku bawa ku makan disuatu tempat di bukit kemuning.disitu memang ramai betul pelanggannya sehinggakan nak parking kereta pun susah bila pulang ke rumah teringat-ingat pulak rasa seperti tak puas dan nak makan lagi, apalagi mulalah aku tanya encik gogle mcm mana nak buat maka aku jumpalah satu resepi bihun sup utara yang senang sangat nak buat semuanya main rebus aje.aku dapat resepi ni dari koleksi resepi melayu tp aku olah ikut cara aku.
biasa aku buat bihun sup guna ayam tapi bagi bihun sup utara biasanya guna lemak ,daging ,perut atau tulang
perghhh...bila makan mesti tak ingat.....kita tengok resepi dulu


BIHUN SUP UTARA

bahan A

1bungkus bihun
2sudu besar kunyit serbuk

caranya rendam bihun dengan kunyit hingga lembut barulah dicelur dgn air panas dan toskan kemudian ketepikan.

bahan B(kuah)
500 gm daging
5 biji bawang merah(hiris)
3 ulas bawang putih(hiris)
2 inci halia(diketuk)
2 sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1sudu teh lada hitam
1/2 sdt lada putih
1/2 bungkus perencah sup adabi
garam
serbuk cukup rasa

caranya
semua bahan direbus hingga daging lembut dan perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa.
apabila daging lembut keluarkan dan hiris nipis.

bahan C(sambal kicap)
20 biji cili api
5 biji bawang putih
3 biji limau sambal(perah)
kicap manis

caranya
blender semua bahan

bahan C(sambal merah)
5 sudu besar cili blender
sedikit garam dan gula
sedikit air
perasa
perahan limau nipis

caranya
tumis cili hingga masak perasakan dgn garam dan gula .masukkan sedikit air dan perah limau nipis dan hidang bersama bihun sup

bahan tabur..
bawang goreng
daun bawang dan daun sup


cara hidang
masukkan bihun yang dicelur tadi serta masukkan kuahnya serta tabur dengan bawang goreng,daun sup dan daging yang dihiris.hidangkan dengan sambal kicap atau sambal merah tapi bagi aku sekeluarga kami suka sambal kicap ...SELAMAT MENCUBA