Snow-Falling-Effect

Thursday, 5 December 2013

donat gebus

hari ni aku nak kongsi resepi donat yang biasa kubuat untuk anakku Adif.dia suka sangat dengan donat ni,tak tau mengapa.biasanya aku membuatnya seminggu sekali samada donat salut coklat atau gula.dibawah ni kusertakan resepinya.biasanya aku tak sukat bahan-bahannya, main agak-agak je.tp hari ni aku sukat untuk sesiapa yang ingin mencubanya.dibawah ni kusertakan resepinya........




bahan-bahannya....
500gm tepung gandum
1 paket mauripan
3sudu gula
4sudu besar susu tepung
1biji telur
50gm majerin
1/2 sudu teh garam
200ml air suam
gula kastor untuk digaul pada kuih

caranya.......

1.masukkan gula dan mauripan kedalam air suam hingga berbuih
2.didalam bekas lain masukkan tepung,susu,telur,garam,dan marjerin.gaul hingga 
  menjadi seperti serbuk roti
3.tuangkan bahan 1 tadi kedalam adunan 2dan diuli hingga menjadi doh.adunan mestilah lembik sedikit
   dan tidak melekat pada tangan.jika adunan keras tambah sedikit air,jika terlalu lembik tambah sedikit tepung.
4.biarkan adunan selama 15 minit dan ditutup dengan kain lembab
5.apabila adunan naik 2kali ganda,tumbuk-tumbukkan barulah dicanai dan diterap
6. goreng dengan api perlahan. selepas diangkat salutlah dengan gula atau toping kegemaran.

Monday, 2 December 2013

dadih

Assalamualaikum....hari ini terasa dingin sekali, hujan turun tanpa henti dari pagi hingga petang...anak-anak apalagi sedap tidur le. aku mula bosan x tau apa nak buat, nak keluar malas pulak waktu begini.....nak tido mata pulak tak mengantuk sebab aku memang tak suka tido siang bukan tabiat aku begitu..........kepala otak ni mulalah terfikir apa resepi senang yang boleh aku kongsikan. fikir punya fikir buat dadih ajelah lagi pun anak suka dadih yang aku buat ni...x kiralah waktu musim hujan ke musim panas habis di bedalnya...dibawah ni aku sertakan resepinya........



DADIH
bahan-bahan..

450gm coffe mate
10gm agar-agar serbuk
4 littre air
1 tin susu cair
2 cawan gula
secubit garam
perasa..xkira perasa apa pun (jagung, koko....)

caranya...
1.  masak air dan gula hingga larut
2. setelah mendidih masukkan susu cair dan serbuk agar-agar
3. masukkan pula coffee mate dan garam
4. bahagikan beberapa bahagian untuk diletakkan perasa.
bagi perasa diatas aku letakkan sirap dan perasa koko
masukkan kedlm mangkuk untuk disimpan dlm fridge..



Saturday, 30 November 2013

coretan

Assalamualaikum ..pertama kali bertemu di alam maya buat mengisi masa lapangku sebagai seorang surirumah.kadang-kadang aku rasa nak buat sesuatu yg boleh memberi faedah kpd ku dan kepada rakan yang sudi membaca blog ini.sebenarnya aku bukannya tahu bagaimana nak bersiaran atau membuat blog ni jadi ku suruhlah anak sulungku mengajornya.apa lagi berdekah-dekahlah ketawanya....tp dibuatnya juga ..maka sahlah aku sebagai tuan tanah untuk SETANGKAI BUDI ,SEINDAH RASA.kuharap blog ini dapat sama sama kita berkongsi resepi atau pengalaman tentang hidup ini....
 



keluargaku...