Snow-Falling-Effect

Sunday, 9 February 2014

Cheese Cake Meleleh

Assalamualaikum teman-teman...dah lama kita tak bertemu baru hari ni dapat aku meluangkan masa menjenguk blog sendiri. sebenarnya kebelakangan ini sibuk memenuhi tempahan yang datang..Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi.hari ni nak kongsi resepi cheese cake meleleh yang menjadi kegemaran ramai yang meminati cheese termasuk aku juga.resepi ni aku ambil dari blog rahel..disini nak minta izin untuk memanjangkan ilmu kepada teman -teman yang baru nak mula berjinak-jinak dalam bidang masakan spt aku.




bahan-bahan
100gm tepung hong kong/gamdum
60 gm tepung jagung*
1sudu kecil baking powder*
1sudu besar ovallete
100gm gula kastor
4biji telur
2biji kuning telur
50ml air sejuk drp peti ais
75gm mentega cair

cara..
ayak bahan bertanda *
campurkan semua bahan kecuali mentega cair
pukul gebu baru nasukkan mentega cair dan sebatikan
bakar 150"c selama 45 minit

bahan cream cheese

250gm cream cheese
120gm susu pekat
50ml whipping cream

semua bahan putar sebati

utk hiasan
1 buku 250gm chedar cheese..diparut dan ditabur atas cream cheese

untuk sesiapa yang malas nak membuatnya boleh order dengan saya 017 6428836

Monday, 3 February 2014

Tempahan Kuih Puteri Ayu

Salam teman-teman..hari ni nak ketengahkan satu jenis kuih yang biasa kita lihat dan makan. tapi biasanya kuih ni yang biasa orang buat ialah perasa pandan tapi saya ada buat berbagai perasa untuk kuih ni iaitu selain perasa pandan ada juga perasa coklat,jagung,keladi  dan perasa yang puan-puan kehendaki.jadi sesiapa yang ingin menempah boleh hubungi saya atau email aje.

tempahan untuk puteri ayu





untuk 100pcs= rm 35